Kursus Atau Bengkel Jurugambar
Teknik Mengambil
Gambar Secara Bekesan
Kami meminta maaf kerana kursus pada bulan Julai 2008 tidak
dapat dilakukan kerana kami amat sibuk dengan jadual yang padat
dimana awal Julai dengan pameran pengantin 2008, rakaman
photovideo bagi majlis perkahwinan VVIP, koprat profile serta
mendapat titah dari pihak Istana DYMM Sultan Pahang bagi lawatan beliau ke Cameron
Highlands.
Setelah
mendapat sambutan yang amat menggalakan pada kursus yang lepas pada
bulan Mac, April, Mei dan Jun 2008. Pihak kami telah diminta sekali
lagi oleh peminat setia jurugambar diseluruh Malaysia, Brunei
dan Singapore termasuklah yang telah hadir sebelum ini bagi mengadakan semula "Outdoor Photography".
Seperti yang anda maklum kursus yang kami anjurkan sebelum ini
telah mendapat
sambutan yang menggalakan diseluruh Malaysia termasuk dari Sabah dan Sarawak.
Kami juga menerima
tempahan bagi kursus peseorangan "one by one". Terima
kasih kepada perserta kami yang lalu Jun 2008 iaitu Mr Anthony
daripada Brunei Darul Salam yang sanggup terbang daripada negara
Brunei pada hari tersebut kerana mengikuti kursus kami.
Seperti
biasa kami menghadkan jumlah penyertaan bagi setiap kursus yang
kami jalankan supaya semua peserta dapat memberikan tumpuan
kepada subjek yang diajar. Kami meminta maaf kepada beberapa
peserta yang tidak dapat mengahadirkan diri sebelum ini kerana
tempat telah kami tutup. Oleh itu kami sarankan supaya
segeralah membuat tempahan sebelum ianya penuh. Tahniah kepada para peserta yang lepas kerana anda
telah berjaya mengikuti kursus kami dan telah menjadi seorang
jurugambar yang baik.
Boleh
dikatakan hamper 60% rakyat Malaysia mempunyai kamera, ini
termasuk kamera pada telefon bimbit. Tujuan utama kamera dicipta
adalah untuk menghasilkan gambar, tak kira lah gambar itu
digunakan sebagai kenangan, seni, minat, simpanan ataupun
sebagai bahan bukti.
Dengan
adanya teknologi terbaru pada sesebuah kamera, ianya dapat
mempermudahkan kerja, mendapatkan gambar yang lebih cantik dan lebih
berkualiti. Tetapi malangnya kalau tanpa pengetahuan asas fotografi,
seseorang jurugambar tidak akan dapat menghasilkan gambar seperti yang
diingini. Tidak kiralah kamera dan lensa yang digunakan adalah jenis
mahal dan canggih tetapi dengan tiada ilmu pengetahuan yang betul hasil
gambar yang diambil amat mendukacitakan. Wang yang dilaburkan tidak
berbaloi dengan apa yang diinginkan.
Kami di Eddie PhotoVideo akan mengajar anda walaupun dengan
menggunakan kamera sederhana tetapi hasilnya amat berkualiti.
Dengan adanya pengalaman dari dalam dan luar negara, kami
sebagai seorang jurugambar professional sepenuh masa akan
memberikan tunjuk ajar bagaimana hendak menjadi “seorang
jurugambar” dan bukannya “pembawa kamera”. Anda akan diajar
pelbagai teknik sebagai seorang jurugambar serta teknik Eddie
PhotoVideo yang sebelum ini tidak pernah dedahkan kepada sesiapa
melainkan Eddie PhotoVideo team.
Kami di
Eddie PhotoVideo telah melahirkan beberapa jurugambar amateur
dan professional. Di antara mereka telah menjalankan perniagaan
mengambil gambar secara persendirian.
Dengan
adanya permintaan dari pelbagai pihak, kami di Eddie PhotoVideo
akan mengadakan satu sesi kelas fotografi termasuk 2 orang model kepada anda
seperti tertera dibawah :
Tarikh
: Ahad, 24hb Ogos 2008
Waktu
: 2.15ptg - 9.30mlm. Sila datang
mengikut waktu yang telah ditetapkan
Bertempat
: Kawasan Persekitaran Putrajaya, Wilayah Persekutuan.
Perjumpaan : Di Bangunan Mahkahmah ataupun Palace Of Justice dan berhadapan Perbadanan Putrajaya ataupun
Putrajaya Corporation Complex, Putrajaya (seperti didalam gambar ini)

Nota : Hubungi
saya sekiranya anda tidak jumpa kami di 013-3913102
Siapa yang patut hadir :
1.
Semua masyarakat yang mempunyai minat
mengambil gambar tetapi tiada pengetahuan asas
2.
Mempunyai pengetahuan asas tetapi
ingin memahirkan dan mengetahui teknik-teknik
3.
Para pelajar yang ingin menambahkan
ilmu pengetahuan
4.
Jurugambar yang ingin memahirkan lagi
teknik-teknik pengambilan gambar
5.
Ingin menjadikan bidang jurugambar sebagai kerjaya dan mencipta
nama ke peringkat tinggi.
5.
Peserta yang telah hadir sebelum ini tetapi ingin memahirkan
lagi teknik-teknik pengambilan gambar
Teori asas dan praktikal
mengenali kamera
1.
Mengenali penggunaan system DSLR -
manual, exposure, shutter speed, aperture, ISO
2.
Jenis-jenis lens dan metering pada
kamera
3.
Kualiti imej (RAW, fine dan normal)
saiz
4.
Penggunaan cahaya – semulajadi,
reflector dan flash
5.
Teknik potret serta landscape dan
cara penggunaannya
Teori dan praktikal bagi
mengayakan model
Teknik Eddie PhotoVideo bagaimana
mengayakan model untuk menampakkan gambar lebih hidup,
semulajadi, seni, terperinci dan kandid “Lively, natural, candid, artistic and detailed”
Teori sekeliling anda dan
seni penglihatan "art of seeing"
Pengarahan, Komposisi, Sudut,
Kreativiti, Pergerakan, Cahaya sekeliling
dan dramatik, Depth of field, "Framing" dan
Jalan Cerita.
Perbincangan bagaimana nak
bermula, protokol dan yuran
1.
Bagaimana nak mulakan perancangan dan berhadapan dengan
pelanggan.
2. Yuran dan kos-kos lain
3. Adat, protokol, displin
dan masa
Kenapa Eddie PhotoVideo :
*
Pengajar yang mempunyai pengalaman didalam dan luar negara serta
sepenuh masa di dalam bidang fotografi.
*
Telah melahirkan beberapa jurugambar amateur dan professional
* Telah mengambil gambar beberapa tokoh koprat, VVIP, Perdana
Menteri serta Timbalan, DYMM yang Dipertua, DYMM Sultan dan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Aggong Malaysia.
*
Hasil kerja beliau pernah dikeluarkan oleh beberapa majalah,
surat khabar malah pernah keluar majalah di Holland (Belanda).
*
Hanya dengan 4 jam anda boleh mahir dengan teknik-teknik
yang diajar.
*
Anda akan diajar teknik tiada atau kurang suntingan pada
gambar "less editing". Apa yang anda rakamkan, akan
terus dicetak!!!
* Para
peserta boleh mengajukan pelbagai soalan selepas pembentangan
sekiranya tidak faham. Ini
memastikan
setiap peserta benar- benar memahami setiap subjek yang diajar
* Jumlah peserta yang kecil, membolehkan kami memberikan tumpuan
yang lebih kepada anda serta dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan.
*
Perserta dari luar negara iaitu daripada Brunei, Singapore serta
daripada Sabah dan Sarawak pernah mengikuti kursus kami sebelum
ini.
*
Yuran yang minimum dan diskaun bagi pelajar.
*
Model disediakan bagi memudahkan peserta memahami cara-cara
mengambil gambar dengan pelbagai aksi dan teknik.
*
Minuman dan makanan ringan disediakan
* Anda
akan didedahkan dengan teknik-teknik yang tidak pernah kami
ajarkan sebelum ini iaitu “lively, natural, artistic, candid and detailed”.
*
Teknik dan cara penyampaian lebih flexible serta mudah difahami.
Jangan lepaskan peluang
kerana :
* Hadiah percuma bagi pertandingan gambar portrait terbaik serta
gambar dan nama anda akan dipamerkan diwebsite kami.
- Setiap peserta dibenarkan menghantar 3 keping gambar asal
tanpa disunting kepada kami untuk bertanding.
- Gambar yang telah disunting atau diubahsuai akan dibatalkan untuk pertandingan.
- Walaubagaimanapun "cropping" atau potongan adalah dibenarkan.
* Berpeluang menjadi salah seorang daripada Eddie PhotoVideo team.
* Yang
paling penting anda akan menjadi lebih mahir, gambar lebih
berkualiti serta dapat mencari wang sampingan selepas menamatkan kursus ini.
Lain-lain :
* Tempat adalah
terhad bagi menjaga dan menjamin ilmu yang dipelajari dapat
dipraktikan. Kami akan menutup sekiranya tempat telah
penuh diisi.
Kursus Fotografi
pada hari Ahad, 24hb Ogos 2008.
Kursus pada
kali ini iaitu pada hari Ahad, 24hb Ogos 2008, kami telah memilih
lokasi Putrajaya sekali lagi sebagai tempat pilihan serta diatas
permintaan ramai. Sebelum
ini kami membuat kursus sebanyak 2 kali di
Taman Tasik Titiwangsa, sekali di Taman Rimba Ulu Yam dan
baru-baru ini di Putrajaya.
Walaubagaimanapun setiap kursus mempunyai cabaran tertentu dan
kursus kali ini lebih mencabar lagi dimana kesemua peserta 100%
akan diajar menggunakan
serta bermain dengan manual terutamanya pada speed, aperture dan
ISO. Kami akan mengajar anda bagaimana hendak mengambil gambar
potrait, bangunan, pemandangan siang, potrait malam, silhoutte,
gambar senja, pemandangan malam dan pelbagai. Anda juga akan
diajar menggunakan cahaya sekeliling yang ada seperti cahaya
matahari, cahaya dari bangunan, cahaya sekeliling, cahaya waktu senja dan selain itu
juga anda akan diajar menggunakan speedlight dengan betul
terutamanya waktu senja dan malam. Anda akan diajar mengambil
gambar potret bersama pemandangan waktu senja (2 dalam 1).
APA YANG ANDA PERLU BAWA
1.
Kamera
2.
Speedlight atau flash
3. Tripod
4. Flash
diffuser sekiranya ada
Kesemua gambar dibawah adalah gambar simpanan ataupun koleksi
yang diambil pada awal tahun 2005 sehinggalah terkini Jun 2008,
"Putrajaya Day And Night siri 1". Seperti yang anda ketahui
gambar yang kami paparkan ini adalag gambar asal dan tiada
suntingan dibuat. Kami mengajar anda cara mengambil gambar
dengan betul tanpa perlu membuat suntingan.
Kesemua gambar diatas adalah
diambil pada kelas fotografi Putrajaya Day and Night siri 1 pada
22hb Jun 2008 Nikon D300
Gambar di atas diambil pada April 2007 "Outdoor Wedding
Photography" di antara Rohani dengan Reza di Putrajaya,
March 2007.
(a) Gambar silhouette dipantai Kundur, Pontian
2007
(b) Gambar silhouette dipantai Berjaya Tioman Resort,
Nikon
D80
Pulau Tioman, April 2007. Nikon D80
(c) Norwegian Beach wedding & sunset
(b) Sunset dimuara Sungai Muar, Johor
(c) Gambar silhoutte dipantai irama, di
2007 Nikon
D80
2006. Nikon
D70
Pantai Irama, Kelantan, March 2008
Nikon D300
(f) Gambar sunrise di Pulau Redang, Jun 2007. Nikon D80
(g) Menggunakan cahaya dari
lilin
(h) Gambar menggunakan
speedlight
(i) Gambar tanpa menggunakan flash
2007 Nikon
D80
2007 Nikon
D70
2007 Nikon D80
Gambar yang menggunakan speedlight dan cahaya sekeliling di
Berjaya Tioman Island, 2007. Nikon D80
Kami
juga banyak mengambil gambar pemandangan serta bangunan
terutamanya KLCC, Eye On Malaysia dan KL tower termasuklah
gambar bunga api iaitu semasa waktu senja dan malam tetapi kami
tidak jumpa gambar tersebut didalam hard disk mungkin dah
terdelete. So apa yang kami jumpa ialah gambar-gambar lama tahun
2005 dan 2007 semasa di Putrajaya dan Singapore.
Gambar
diatas kiri diambil pada awal tahun 2005 dari jabatan Putrajaya,
Putrajaya dan yang lain diambil di Singapura pada waktu malam.
Untuk pengetahuan kami tidak menggunakan tripod semasa mengambil
gambar waktu malam di Singapura. Kami menggunakan speed dalam 1
sec sehingga 1/5 sec.
Testimony
Peserta kursus pada 1hb Mac
2008
Saya ingin
melahirkan ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada Eddie-Photovideo
kerana telah menganjurkan bengkel outdoor photography pada 1 Mac
2008. Eddie telah banyak mencurahkan pengalaman beliau selaku
jurufoto professional sepenuh masa sepanjang bengkel diadakan.
Banyak tip-tip yang berguna yang selama ini tidak diketahui
telah saudara Eddie beritahu.
Syabas dan tahniah
Eddie Photovideo.
Semoga Eddie
Photovideo maju dan terus maju.
Daripada:
http://asmanphoto.fotopages.com
Peserta Kursus pada 13hb
April 2008
Kelas Outdoor Photography pada 13 April 2008, telah memberi
pendedahan dari aspek ‘lighting’, lokasi, ‘posing’ dan
‘composition’ kepada saya. Aspek-aspek tersebut telah menambah
kemahiran dalam pengambilan gambar outdoor di mana selama ini
saya tidak mengetahui dan mahir dalam aspek-aspek tersebut.
Daripada :
Kamarudin Bin Kilewon
Peserta Kursus pada 11hb
Mei 2008
Sangat bagus untuk para fotografi yang
baru menceburi bidang ini. Saya amat berterima kasih kepada
Eddie PhotoVideo diatas segala tunjuk ajar yang diberikan.
Saya juga bercadang agar pihak pengurusan dapat megadakan
lagi kursus seumpama ini pada masa yang akan datang.
Daripada :
Roshidi Abu Bakar
http://mkrsnapshot.fotopages.com
Peserta Kursus pada 22hb
June 2008
"Tres Bon! Encore, s'il vous plait!
I enjoyed the day photographing in Putrajaya. The group of
enthusiastic learner photographers make the day even more
fun-filled. To each his/her own, the dedication and
determination to learn-by-doing is electrifying. Obviously,
they have an equally eager, well-informed, experienced
pro-photographer to mentor. It was a day of great
camaraderie with everybody, young and old, experienced and
novice, lady and gents. Well done, Eddie."
Putrajaya DagNuit. In German, Dag is day and Nuit is night
The French vocabulary,
tres bon = very good.
encore=do it again
s'il vous plait=if you'd please
With best regards,
Anthony
Professional Photographer
Brunei Darul Salam
Adakah anda ingin
muncul sebagai salah satu pemenang bagi kursus fotografi seperti
mereka sebelum ini?
* Anda boleh melihat gambar-gambar bagi kursus
"Outdoor Photography" yang lepas sila klik pada line dan perkataan dan
tulisan kuning di
Outdoor Photography Class, Behind The Scenes
dan Para
pemenang di "Photo Competition"
Gambar para peserta pada kelas
keempat pada 22hb Jun 2008 di Putrajaya, Wilayah Persekutuan.
Gambar para peserta pada kelas
ketiga pada 11hb May 2008 di Sg Tua, Ulu Yam, Selangor.
Gambar para peserta pada kelas
kedua pada 13hb April 2008 di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Gambar para peserta pada kelas pertama
pada 1hb Mac 2008 di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Bekas peserta kami telah berjaya
dan ada diantaranya 100% berkecimpung didalam bidang jurugambar
setelah mengikuti kursus kami. Anda boleh melihat photoblog bekas
peserta kami di :
Rashidi
Abu Bakar :
http://mkrsnapshot.fotopages.com
Asman :
http://asmanphoto.fotopages.com
Tutie Dahlia Tajudin :
http://tutcute.fotopages.com
Noor Aziana Zakaria :
http://nazarina11.fotopages.com
Dahlia Abdul :
http://mazlia.fotopages.com
Dan banyak lagi.
* Tarikh
terakhir mendaftar ialah pada hari Jumaat 22hb Ogos 2008 atau
mana-mana yang terdahulu tertakluk kepada tempat kosong.
Yuran
:
* Kami
menawarkan potongan sebanyak RM30 bagi 5 tempat tempahan awal
sebelum atau pada hari Khamis, 31hb Julai 2008 atau
mana-mana
yang terdahulu. Anda hanya perlu membayar RM320
atau RM220 pelajar. Potongan RM30
dikecualikan kepada peserta yang pernah menghadirkan
diri
didalam kursus sebelum ini tetapi ingin mengikuti kelas terbaru.
Harga pasaran RM600 untuk sehari
tetapi kami memberikan peluang kepada anda....potongan hampir separuh
harga iaitu sebanyak RM350 sahaja. Anda hanya perlu membayar RM350
sekiranya bekerja dan
RM250 bagi pelajar serta RM200 kepada para peserta yang lepas yang ingin
mengikuti semula.
Apa tunggu lagi....
Kos termasuk :
- Model
- Pakaian
- Make up & hair do
- Makanan dan minuman
disediakan
- Sijil penyertaan
- Tenaga pengajar dan
pembantu
-
Peralatan
-
Nota Pembelajaran
Untuk pengetahuan kami pernah membuat kursus fotografi perseorangan sebelum ini
dengan bayaran sebanyak RM1400 iaitu selama 8 jam, beliau
sekarang adalah jurugambar bebas.
*
Yuran yang minimum hanya RM350 seorang dan
RM250 bagi pelajar sepenuh masa
(sila
bawa students id semasa pendaftaran).
*
Para peserta yang telah hadir pada kursus yang terdahulu boleh
menghadirkan diri bagi memantapkan lagi kemahiran anda serta
mempelajari teknik2 yang tidak diajar pada kursus yang lepas. Peserta
yang lepas boleh
mendapatkan harga istimewa iaitu sebanyak RM200 ataupun RM150 diskaun. Para peserta juga akan diberikan sijil kursus
penyertaan.
Keterangan lanjut :
Sila emailkan
kepada kami :
Nama
:
Alamat
:
No
tel
:
Pekerjaan
:
Jenis Kamera :
Telefon : 013-3913102
YM
: cmctech2004
email :
eddie@eddie-photovideo.com
Pembayaran ke tunai, Maybank2u dan ATM
sahaja ke akaun :
Anda boleh membuat bayaran
penuh ataupun RM150 deposit diperlukan untuk
tempahan, baki hendaklah dijelaskan sehari sebelum atau sebelum
bermulanya sesi kelas. Anda dinasihatkan menghubungi saya sebelum
pembayaran dibuat di 013-3913102 bagi mendapatkan butiran pembayaran.
Zulraidi
Affendi Bin Satar
Acc :
164070500806
or
CMC Tech
Resources
Acc :
514075006491
|
|
Sms atau hubungi saya setelah pembayaran dibuat dan emailkan dengan
lengkap data yang diperlukan seperti diatas.
Back to Top
|
|
|
|