Professional Photographer & Videographer (Nationwide And International Service)

 
| Main | About Us | Gallery Testimony | Package | Album | Behind The Scenes | Photoblog | Other Service | Contact Us |
 
Kursus Atau Bengkel Jurugambar
 
Teknik Mengambil Gambar Secara Bekesan 
 

Kami meminta maaf kerana kursus pada bulan Julai 2008 tidak dapat dilakukan kerana kami amat sibuk dengan jadual yang padat dimana  awal Julai dengan pameran pengantin 2008, rakaman photovideo bagi majlis perkahwinan VVIP, koprat profile serta mendapat titah dari pihak Istana DYMM Sultan Pahang bagi lawatan beliau ke Cameron Highlands.
 
Setelah mendapat sambutan yang amat menggalakan pada kursus yang lepas pada  bulan Mac, April, Mei dan Jun 2008. Pihak kami telah diminta sekali lagi oleh peminat setia jurugambar diseluruh Malaysia, Brunei dan Singapore termasuklah yang telah hadir sebelum ini bagi mengadakan semula "Outdoor Photography". Seperti yang anda maklum kursus yang kami anjurkan sebelum ini telah mendapat sambutan yang menggalakan diseluruh Malaysia termasuk dari Sabah dan Sarawak. Kami juga menerima tempahan bagi kursus peseorangan "one by one". Terima kasih kepada perserta kami yang lalu Jun 2008 iaitu Mr Anthony daripada Brunei Darul Salam yang sanggup terbang daripada negara Brunei pada hari tersebut kerana mengikuti kursus kami.
 
Seperti biasa kami menghadkan jumlah penyertaan bagi setiap kursus yang kami jalankan supaya semua peserta dapat memberikan tumpuan kepada subjek yang diajar. Kami meminta maaf kepada beberapa peserta yang tidak dapat mengahadirkan diri sebelum ini kerana tempat telah kami tutup. Oleh itu kami sarankan supaya segeralah membuat tempahan sebelum ianya penuh. Tahniah kepada para peserta yang lepas kerana anda telah berjaya mengikuti kursus kami dan telah menjadi seorang jurugambar yang baik.

 

 
Boleh dikatakan hamper 60% rakyat Malaysia mempunyai kamera, ini termasuk kamera pada telefon bimbit. Tujuan utama kamera dicipta adalah untuk menghasilkan gambar, tak kira lah gambar itu digunakan sebagai kenangan, seni, minat, simpanan ataupun sebagai bahan bukti.  
 
Dengan adanya teknologi terbaru pada sesebuah kamera, ianya dapat mempermudahkan kerja, mendapatkan gambar yang lebih cantik dan lebih berkualiti. Tetapi malangnya kalau tanpa pengetahuan asas fotografi, seseorang jurugambar tidak akan dapat menghasilkan gambar seperti yang diingini. Tidak kiralah kamera dan lensa yang digunakan adalah jenis mahal dan canggih tetapi dengan tiada ilmu pengetahuan yang betul hasil gambar yang diambil amat mendukacitakan. Wang yang dilaburkan tidak berbaloi dengan apa yang diinginkan.

Kami di Eddie PhotoVideo akan mengajar anda walaupun dengan menggunakan kamera sederhana tetapi hasilnya amat berkualiti. Dengan adanya pengalaman dari dalam dan luar negara, kami sebagai seorang jurugambar professional sepenuh masa akan memberikan tunjuk ajar bagaimana hendak menjadi “seorang jurugambar” dan bukannya “pembawa kamera”. Anda akan diajar pelbagai teknik sebagai seorang jurugambar serta teknik Eddie PhotoVideo yang sebelum ini tidak pernah dedahkan kepada sesiapa melainkan Eddie PhotoVideo team.
 
Kami di Eddie PhotoVideo telah melahirkan beberapa jurugambar amateur dan professional. Di antara mereka telah menjalankan perniagaan mengambil gambar secara persendirian.
 
 
 
 
 
 
Dengan adanya permintaan dari pelbagai pihak, kami di Eddie PhotoVideo akan mengadakan satu sesi kelas fotografi termasuk 2 orang model kepada anda seperti tertera dibawah :
 
Tarikh                           : Ahad, 24hb Ogos 2008
Waktu                           : 2.15ptg - 9.45mlm. Sila datang mengikut waktu yang telah ditetapkan
Bertempat                   : Kawasan Persekitaran Putrajaya, Wilayah Persekutuan.
Perjumpaan                : Di Bangunan Mahkahmah ataupun Palace Of Justice dan berhadapan Perbadanan Putrajaya ataupun
                                         Putrajaya Corporation Complex, Putrajaya (seperti didalam gambar ini) 
  
                                   
 
 

Nota : Hubungi saya sekiranya anda tidak jumpa kami di 013-3913102
 
Siapa yang patut hadir :
      
1.       Semua masyarakat yang mempunyai minat mengambil gambar tetapi tiada pengetahuan asas
2.       Mempunyai pengetahuan asas tetapi ingin memahirkan dan mengetahui teknik-teknik
3.       Para pelajar yang ingin menambahkan ilmu pengetahuan
4.       Jurugambar yang ingin memahirkan lagi teknik-teknik pengambilan gambar
5.       Ingin menjadikan bidang jurugambar sebagai kerjaya dan mencipta nama ke peringkat tinggi.
5.       Peserta yang telah hadir sebelum ini tetapi ingin memahirkan lagi teknik-teknik pengambilan gambar
 
 Teori asas dan praktikal mengenali kamera
 
1.       Mengenali penggunaan system DSLR -  manual, exposure, shutter speed, aperture, ISO
2.       Jenis-jenis lens dan metering pada kamera
3.       Kualiti imej (RAW,  fine dan normal) saiz
4.       Penggunaan cahaya – semulajadi, reflector dan flash
5.       Teknik potret serta landscape dan cara penggunaannya
 
Teori dan praktikal bagi mengayakan model
 
Teknik Eddie PhotoVideo bagaimana mengayakan model untuk menampakkan gambar lebih hidup, semulajadi, seni, terperinci dan kandid “Lively, natural, candid, artistic and detailed”
 
Teori sekeliling anda dan seni penglihatan "art of seeing"
 
Pengarahan, Komposisi, Sudut, Kreativiti, Pergerakan, Cahaya sekeliling dan dramatik, Depth of field, "Framing" dan Jalan Cerita. 
 
Perbincangan bagaimana nak bermula, protokol dan yuran
 
     1.       Bagaimana nak mulakan perancangan dan berhadapan dengan pelanggan.
     2.       Yuran dan kos-kos lain
     3.       Adat, protokol, displin dan masa 

Kenapa Eddie PhotoVideo :
 
*  Pengajar yang mempunyai pengalaman didalam dan luar negara serta sepenuh masa di dalam bidang fotografi.
*  Telah melahirkan beberapa jurugambar amateur dan professional
* Telah mengambil gambar beberapa tokoh koprat, VVIP, Perdana Menteri serta Timbalan, DYMM yang Dipertua, DYMM Sultan dan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Aggong Malaysia.
*  Hasil kerja beliau pernah dikeluarkan oleh beberapa majalah, surat khabar malah pernah keluar majalah di Holland (Belanda).
*  Hanya dengan 4 jam anda boleh mahir dengan teknik-teknik yang diajar.
*  Anda akan diajar teknik tiada atau kurang suntingan pada gambar "less editing". Apa yang anda rakamkan, akan terus dicetak!!!
*  Para peserta boleh mengajukan pelbagai soalan selepas pembentangan sekiranya tidak faham. Ini memastikan setiap peserta benar-  benar memahami setiap subjek yang diajar
* Jumlah peserta yang kecil, membolehkan kami memberikan tumpuan yang lebih kepada anda serta dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan. 
*  Perserta dari luar negara iaitu daripada Brunei, Singapore serta daripada Sabah dan Sarawak pernah mengikuti kursus kami sebelum ini.
*  Yuran yang minimum dan diskaun bagi pelajar.
*  Model disediakan bagi memudahkan peserta memahami cara-cara mengambil gambar dengan pelbagai aksi dan teknik.
*  Minuman dan makanan ringan disediakan
*  Anda akan didedahkan dengan teknik-teknik yang tidak pernah kami ajarkan sebelum ini iaitu “lively, natural, artistic, candid and detailed”.
*  Teknik dan cara penyampaian lebih flexible serta mudah difahami.
 
Jangan lepaskan peluang kerana :
 
*   Hadiah percuma bagi pertandingan gambar portrait terbaik serta gambar dan nama anda akan dipamerkan diwebsite kami.
   - Setiap peserta dibenarkan menghantar 3 keping gambar asal tanpa disunting kepada kami untuk bertanding.
   - Gambar yang telah disunting atau diubahsuai akan dibatalkan untuk pertandingan.
   - Walaubagaimanapun "cropping" atau potongan adalah dibenarkan.
*   Berpeluang menjadi salah seorang daripada Eddie PhotoVideo team.
*   Yang paling penting anda akan menjadi lebih mahir, gambar lebih berkualiti serta dapat mencari wang sampingan selepas menamatkan   kursus ini.
 
Lain-lain :
 
* Tempat adalah terhad bagi menjaga dan menjamin ilmu yang dipelajari dapat dipraktikan. Kami akan menutup sekiranya tempat telah
   penuh diisi.
 
Kursus Fotografi pada hari Ahad, 24hb Ogos 2008.
 
Kursus pada kali ini iaitu pada hari Ahad, 24hb Ogos 2008, kami telah memilih lokasi Putrajaya sekali lagi sebagai tempat pilihan serta diatas permintaan ramai. Sebelum ini kami membuat kursus sebanyak 2 kali di Taman Tasik Titiwangsa, sekali di Taman Rimba Ulu Yam dan baru-baru ini di Putrajaya. Walaubagaimanapun setiap kursus mempunyai cabaran tertentu dan kursus kali ini lebih mencabar lagi dimana kesemua peserta 100% akan diajar  menggunakan serta bermain dengan manual terutamanya pada speed, aperture dan ISO. Kami akan mengajar anda bagaimana hendak mengambil gambar potrait, bangunan, pemandangan siang, potrait malam, silhoutte, gambar senja, pemandangan malam dan pelbagai. Anda juga akan diajar menggunakan cahaya sekeliling yang ada seperti cahaya matahari, cahaya dari bangunan, cahaya sekeliling, cahaya waktu senja dan selain itu juga anda akan diajar menggunakan speedlight dengan betul terutamanya waktu senja dan malam. Anda akan diajar mengambil gambar potret bersama pemandangan waktu senja (2 dalam 1).
 
APA YANG ANDA PERLU BAWA
 
1.  Kamera
2. Speedlight atau flash
3. Tripod
4. Flash diffuser sekiranya ada
 
Kesemua gambar dibawah adalah gambar simpanan ataupun koleksi yang diambil pada awal tahun 2005 sehinggalah terkini Jun 2008, "Putrajaya Day And Night siri 1". Seperti yang anda ketahui gambar yang kami paparkan ini adalag gambar asal dan tiada suntingan dibuat. Kami mengajar anda cara mengambil gambar dengan betul tanpa perlu membuat suntingan.
 
  
Kesemua gambar diatas  adalah diambil pada kelas fotografi Putrajaya Day and Night siri 1 pada 22hb Jun 2008 Nikon D300
 
Gambar di atas diambil pada April 2007 "Outdoor Wedding Photography" di antara Rohani dengan Reza di Putrajaya, March 2007.
 
(a) Gambar silhouette dipantai Kundur, Pontian 2007                      (b) Gambar silhouette dipantai Berjaya Tioman Resort,
                              Nikon D80                                                                   Pulau Tioman, April 2007. Nikon D80
 
 
(c) Norwegian Beach wedding & sunset              (b) Sunset dimuara Sungai Muar, Johor              (c) Gambar silhoutte dipantai irama, di
                    2007 Nikon D80                                                2006. Nikon D70                                      Pantai Irama, Kelantan, March 2008
                                                                                                                                                            Nikon D300
                                                                                                                                           
(f) Gambar sunrise di Pulau Redang, Jun 2007. Nikon D80
 
 
(g) Menggunakan cahaya dari lilin                       (h) Gambar menggunakan speedlight                  (i) Gambar tanpa menggunakan flash
2007 Nikon D80                                                      2007 Nikon D70                                            2007 Nikon D80
 
  
Gambar yang menggunakan speedlight dan cahaya sekeliling di Berjaya Tioman Island, 2007. Nikon D80
 
Kami juga banyak mengambil gambar pemandangan serta bangunan terutamanya KLCC, Eye On Malaysia dan KL tower termasuklah gambar bunga api iaitu semasa waktu senja dan malam tetapi kami tidak jumpa gambar tersebut didalam hard disk mungkin dah terdelete. So apa yang kami jumpa ialah gambar-gambar lama tahun 2005 dan 2007 semasa di Putrajaya dan Singapore.
 
 
 
Gambar diatas kiri diambil pada awal tahun 2005 dari jabatan Putrajaya, Putrajaya dan yang lain diambil di Singapura pada waktu malam. Untuk pengetahuan kami tidak menggunakan tripod semasa mengambil gambar waktu malam di Singapura. Kami menggunakan speed dalam 1 sec sehingga 1/5 sec.
 
  
 
Testimony
 
 
Peserta kursus pada 1hb Mac 2008
 
Saya ingin melahirkan ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada Eddie-Photovideo kerana telah menganjurkan bengkel outdoor photography pada 1 Mac 2008. Eddie telah banyak mencurahkan pengalaman beliau selaku jurufoto professional sepenuh masa sepanjang bengkel diadakan. Banyak tip-tip yang berguna yang selama ini tidak diketahui telah saudara Eddie beritahu.
 
Syabas dan tahniah Eddie Photovideo.
 
Semoga Eddie Photovideo maju dan terus maju.
 
Daripada:
 
http://asmanphoto.fotopages.com

 
 
Peserta Kursus pada 13hb April 2008
 
Kelas Outdoor Photography pada 13 April 2008, telah memberi pendedahan dari aspek ‘lighting’, lokasi, ‘posing’ dan ‘composition’ kepada saya. Aspek-aspek tersebut telah menambah kemahiran dalam pengambilan gambar outdoor di mana selama ini saya tidak mengetahui dan mahir dalam aspek-aspek tersebut.
 
Daripada :
 
Kamarudin Bin Kilewon
 
 
 
Peserta Kursus pada 11hb Mei 2008
 
Sangat bagus untuk para fotografi yang baru menceburi bidang ini. Saya amat berterima kasih kepada Eddie PhotoVideo diatas segala tunjuk ajar yang diberikan. Saya juga bercadang agar pihak pengurusan dapat megadakan lagi kursus seumpama ini pada masa yang akan datang.
 
Daripada :
 
Roshidi Abu Bakar
 
http://mkrsnapshot.fotopages.com
 
 
 
Peserta Kursus pada 22hb June 2008
 
"Tres Bon! Encore, s'il vous plait!
I enjoyed the day photographing in Putrajaya. The group of enthusiastic learner photographers make the day even more fun-filled. To each his/her own, the dedication and determination to learn-by-doing is electrifying. Obviously, they have an equally eager, well-informed, experienced pro-photographer to mentor. It was a day of great camaraderie with everybody, young and old, experienced and novice, lady and gents. Well done, Eddie."

Putrajaya DagNuit. In German, Dag is day and Nuit is night

The French vocabulary,
       tres bon = very good.
              encore=do it again
                       s'il vous plait=if you'd please

 
With best regards,

Anthony
Professional Photographer
Brunei Darul Salam
 
 
 
Adakah anda ingin muncul sebagai salah satu pemenang bagi kursus fotografi seperti mereka sebelum ini?
 
* Anda boleh melihat gambar-gambar bagi kursus "Outdoor Photography" yang lepas sila klik pada line dan perkataan dan tulisan kuning di Outdoor Photography Class, Behind The Scenes dan Para pemenang di "Photo Competition" 
 
 
 
Gambar para peserta pada kelas keempat pada 22hb Jun 2008 di Putrajaya, Wilayah Persekutuan.
 
Gambar para peserta pada kelas ketiga pada 11hb May 2008 di Sg Tua, Ulu Yam, Selangor.
 
Gambar para peserta pada kelas  kedua pada 13hb April 2008 di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.
 
Gambar para peserta pada kelas pertama pada 1hb Mac 2008 di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.
 
Bekas peserta kami telah berjaya dan ada diantaranya 100% berkecimpung didalam bidang jurugambar setelah mengikuti kursus kami. Anda boleh melihat photoblog bekas peserta kami di :
 
 Rashidi Abu Bakar : http://mkrsnapshot.fotopages.com 
Asman : http://asmanphoto.fotopages.com
Tutie Dahlia Tajudin : http://tutcute.fotopages.com
Noor Aziana Zakaria : http://nazarina11.fotopages.com
Dahlia Abdul : http://mazlia.fotopages.com
 
Dan banyak lagi.
 
* Tarikh terakhir mendaftar ialah pada hari Jumaat 22hb Ogos 2008 atau mana-mana yang terdahulu tertakluk kepada tempat kosong.
 
 
 
Yuran :
 
*  Kami menawarkan potongan sebanyak RM30 bagi 5 tempat tempahan awal sebelum atau pada hari Khamis, 31hb Julai 2008 atau mana-mana yang terdahulu. Anda hanya perlu membayar RM320 atau RM220 pelajar. Potongan RM30 dikecualikan kepada peserta yang pernah menghadirkan diri didalam kursus sebelum ini tetapi ingin mengikuti kelas terbaru.
 
Harga pasaran RM600 untuk sehari tetapi kami memberikan peluang kepada anda....potongan hampir separuh harga iaitu sebanyak RM350 sahaja. Anda hanya perlu membayar RM350 sekiranya bekerja dan RM250 bagi pelajar serta RM200 kepada para peserta yang lepas yang ingin mengikuti semula.  Apa tunggu lagi....
 
Kos termasuk :
 - Model
 - Pakaian
 - Make up & hair do
 - Makanan dan minuman disediakan
 - Sijil penyertaan
 - Tenaga pengajar dan pembantu
 - Peralatan
 - Nota Pembelajaran
 
Untuk pengetahuan kami pernah membuat kursus fotografi perseorangan sebelum ini dengan bayaran sebanyak RM1400 iaitu selama 8 jam,  beliau sekarang adalah jurugambar bebas.
 
*  Yuran yang minimum hanya RM350 seorang dan RM250 bagi pelajar sepenuh masa (sila bawa students id semasa pendaftaran).
*  Para peserta yang telah hadir pada kursus yang terdahulu boleh menghadirkan diri bagi memantapkan lagi kemahiran anda serta mempelajari teknik2 yang tidak diajar pada kursus yang lepas. Peserta yang lepas boleh mendapatkan harga istimewa iaitu sebanyak RM200 ataupun RM150 diskaun. Para peserta juga akan diberikan sijil kursus penyertaan.
 
 
Keterangan lanjut :
 
Sila emailkan kepada kami :
 
Nama                      :
Alamat                     :
No tel                       :
Pekerjaan               :
Jenis Kamera         :
 
Telefon : 013-3913102
YM        : cmctech2004
email    : eddie@eddie-photovideo.com
 
       
Pembayaran ke tunai, Maybank2u dan ATM sahaja ke akaun :
 
Anda boleh membuat bayaran penuh ataupun RM150 deposit diperlukan untuk tempahan, baki hendaklah dijelaskan sehari sebelum atau sebelum bermulanya sesi kelas. Anda dinasihatkan menghubungi saya sebelum pembayaran dibuat di 013-3913102 bagi mendapatkan butiran pembayaran.
 
Zulraidi Affendi Bin Satar
Acc : 164070500806
or
 
CMC Tech Resources
Acc : 514075006491
 
Sms atau hubungi saya setelah pembayaran dibuat dan emailkan dengan lengkap data  yang diperlukan seperti diatas.
 
 
Back to Top
 
 
 
Terms And Conditions | FAQ
Copyright Reserved Eddie PhotoVideo
All images, logos and information are copyrighted by Eddie PhotoVideo and may not be reproduced in any form, without written permission.