Gambar Pertandingan
"Outdoor Photography Class"
Eddie PhotoVideo
* Para pemenang telah diadili
mengikut warna, komposisi, sudut, "contrast", "deep of field", kedudukan model serta
berlandaskan kepada gambar yang dihantar tetapi
cuma sekeping sahaja yang diambil sebagai rujukan.
* Kepada yang tidak menang di
harap anda tidak berputus asa dan belajar dari kesilapan terutamanya
over exposed dan kedudukan model semasa
mengambil gambar. Walaubagimanapun saya lihat banyak peningkatan
dari segi kualiti gambar.
* Syabas kepada para pemenang
musim ini dan musim yang lepas.
Gambar-Gambar Pemenang Kursus
Pada 11hb Mei 2008
(Syarat Utama Ialah
Gambar Asal Dari Kamera Dan Tiada Suntingan Dibuat)
Hadiah Utama thumb drive 4G, kedua thumb drive 2G dan ketiga wang tunai RM20
Tempat Pertama Jurugambar : Roshidi Abu Bakar
Hadiah Utama thumb drive 4G
Komen : Kombinasi keseluruhan
kedua-dua gambar iaitu pemandangan dan potrait
yang bagus. Warna yang menyerlah serta tiada "over exposed"
pada kedua-dua gambar tersebut. Terdapat "deep of field" serta
kedudukan gambar potrait pada frame dan posisi yang tepat. Skin tone yang menarik dan
mempunyai eye contact yang tepat pada kamera. Gambar pemandangan
yang baik dengan penuh kehijaun fauna serta aliran air yang lembut.
Kombinasi yang menarik dianatara tanah air dan pokok.
Tempat Kedua Jurugambar : Norharizie Mohamad
Kedua pen drive 2G
Komen : Gambar potrait yang bagus
dan pemandangan yang sederhana. Terdapat "eye contact" model dengan kamera serta tiada "over exsposed". Terdapat "deep of field" dan
warna yang menyerlah pada potrait. Gambar pemdangan yang baik tetapi
aliran air yang mengalir kurang lembut. Kedua-dua gambar potrait dan
pemandangan yang tiada over exposed.
Tempat Ketiga Jurugambar : Ramzaidi Abdul
Rahaman
Ketiga wang tunai RM20
Komen : Gambar yang sederhana
baik. Kedudukan frame gambar pemandangan yang baik tetapi over
exposed pada aliran air. Kedudukan frame bagi gambar potrait yang
salah dimana ianya berbentuk horizontal ataupun landscape. Gambar
potrait hendaklah berkedudukan vertical ataupun potrait.
Mempunyai tone warna yang baik dan tiada over exposed. Terdapat "deep of field" dan mode warna yang
baik.
Gambar-Gambar Pemenang Kursus
Pada 13hb April 2008
(Syarat Utama Ialah
Gambar Asal Dari Kamera Dan Tiada Suntingan Dibuat)
Hadiah Utama thumb drive 4G, kedua thumb drive 2G dan ketiga wang tunai RM20
Tempat Pertama Jurugambar : Mohd. Shahreen
Mohd. Said
Hadiah Utama pen drive 4G
Komen : Kombinasi keseluruhan
yang baik. Warna yang menyerlah serta tiada "over exposed". Terdapat "deep of field" serta
kedudukan gambar potrait yang tepat. Skin tone yang menarik dan
mempunyai eye contact yang tepat pada kamera serta terdapat
sedikit senyuman.
Tempat Kedua Jurugambar : Mohd Zidni Ilman Hj
Othman
Kedua pen drive 2G
Komen : Kelihatan warna hijau
yang terselah serta digandingkan dengan latarbelakang rumput yang
kehijauan. Terdapat "eye contact" kedua-dua model dengan kamera serta tiada "over exsposed". Terdapat "deep of field" dan
skin tone yag cantik. Cuma terdapat sedikit ruang lebihan diatas
kepala dan terlebih kebawah sehingga tidak nampak keseluruhan tangan.
Tempat Ketiga Jurugambar : Norsilawati Ahmad
Ketiga wang tunai RM20
Komen : Gambar dan posisi yang menarik, dimana kedua-duanya
mempunyai eye contact dengan kamera tetapi pastikan mata kiri model wanita tidak
hampir tertutup. Mempunyai sedikit "over exsposed" terutamanya pada
lengan baju lelaki. Terdapat "deep of field" dan mode warna yang
baik.
Gambar-Gambar Pemenang Kursus
Pada 1hb Mac 2008
(Syarat Utama Ialah
Gambar Asal Dari Kamera Dan Tiada Suntingan Dibuat)
Hadiah Utama pen drive 4G, kedua pen drive 2G
dan ketiga wang tunai RM20
Posted date : 13hb Mac 2008
Tempat Pertama Jurugambar : Ahmad kamal
Hadiah Utama pen drive 4G
Komen : Kombinasi keseluruhan
yang baik. Warna yang menyerlah serta tiada "over exposed"
terutamanya pada baju gown putih. Terdapat "deep of field" serta
kedudukan gambar potrait yang tepat.
Tempat Kedua Jurugambar : Daalia Abdul
Kedua pen drive 2G
Komen : Kelihatan wajah kedua-dua
orang model ceria dan terserlah. Terdapat "eye contact" model Azura
dengan kamera serta tiada "over exsposed" terutamanya pada baju
warna putih. Terdapat "deep of field" dan mode warna yang sederhana.
Tempat Ketiga Jurugambar : Rais Imam
Ketiga wang tunai RM20
Komen : Gambar yang menarik yang
di ambil secara kandid, dimana kedua-dua model melihat arah yangs
sama walaupun tiada "eye contact" dengan kamera. Cuma terdapat
sedikit "over exsposed" terutamanya pada baju gown warna putih di
bahagian bawah (kaki). Terdapat "deep of field" dan mode warna yang
baik.
Back to Top
|
|
|
|